Thursday 26 July 2012

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

PENGENALAN

Perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru-guru adalah domain utama yang diamanahkan dalam proses penerapan dan penyampai ilmu kepada anak watan, sama ada rela atau tidak mereka dituntut untuk membangunkan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta pembaharuan yang berlaku dari masa ke semasa. 

Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, ‘kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat’(Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000)



DEFINISI
 
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

  Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam 

Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.
• Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)

 
TEKANAN DI KALANGAN GURU
Tekanan boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Faktor stress di kalangan guru ialah



  • Faktor interpersonal-

>Konflik dengan rakan, pekerjaan dan lain-lain
>Hubungan tidak baik, tidak dapat sokongan, kepercayaan dan kerjasama.
>Konflik dengan pihak atasan 
  • Faktor diri-

>Hubungan suami/isteri (dalam keluarga)
>Sakit/penyakit
>Keinginan tidak tercapai
>Dendam dan iri hati
>Takut kebebasan
>Rasa bersalah
>Perpindahan/perubahan mengejut 
  • Faktor organisasi-

> Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa
> Beban kerja berterusan (kronik)
> Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas
> Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif
> Mengalami kebosanan di tempat kerja
> Merasakan idea sendiri yang betul
> Selalu salahkan orang lain
  • Faktor kekurangan sumber-



> Peraturan dan polisi
> Material
> Kewangan
> Manusia

  • Faktor luaran-

> Bunyi bising
> Alam pekerjaan
> Suhu
> Persekitaran




BURNOUT


Burnout di definisikan sebagai menyebabkan ketandusan daya emosi ( emotional exhaustion ), ketandusan daya fizikal ( physical exhaustion ), penurunan sikap ( attitudinal exhaustion ) dan perasaan kurang pencapaian dalam kerjaya ( low feeling of accomplishment ).

Terdapat banyak penulisan yang membincangkan tentang sebab-sebab, simptom-simptom dan rawatan pada burnout. Saodah Wok ( 2003 ) telah mengkaji ciri-ciri burnout, iaitu mereka yang mengalami :

a) tekanan yang dialami adalah disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan kerja.
b) mereka mirip berpendirian idealistik dan berusaha mencapai kejayaan disebabkan oleh kemahuan sendiri 
c) mereka berkemungkinan menunaikan matlamat-matlamat yang bukan realistik.



Manakala tiga ciri yang disenaraikan oleh Maslach dan Jackson adalah seperti berikut:

a) mereka berasa tidak dapat memberikan diri mereka seperti mana dulu lagi dan bertambahnya perasaan ketandusan emosi dan keletihan.
b) mereka mula menunjukkan sikap negatif terhadap orang-orang ditempat kerja.
c) mereka mula menilai diri mereka secara negatif dan mereka tidak begitu gembira dengan diri dan   pekerjaan. Mereka tidak merasai kejayaan diri sendiri. ( Schwan dan Iwannichi, 1982 ).



 ADAKAH ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA ?
Antara tanda-tanda tekanan adalah :-
  • Bersikap ganas (panas baran)
  • Gelisah
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tidur
  • Hilang tumpuan, motivasi
  • Kemurungan
  • Kerisauan yang berlebihan
  • Kelesuan
  • Mudah meradang
  • Perasaan bersalah


PUNCA TEKANAN DI TEMPAT KERJA 



  1. Jenis Pekerjaan
    Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.


2.  Peranan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.


     
3.  Perhubungan 
 Konflik sesama rakan sekerja dan majikan.

 4. Kerjaya
 Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, tidak dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.





5.  Perubahan dalam organisasi 
 Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerjaan.





 7 LANGKAH MENGATASI TEKANAN

       Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
  • Akui kekuatan dan kelemahn dalam diri anda.
  • Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda.
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.
  • Merasa seronok bekerja
              Rancang Kerja Anda
  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting.
  • Jangan bertangguh kerja.
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah.
  • Mengagihkan kerja dengan bijak.
                    Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya.
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
  • Ambil tindakan secara wajar.

      Mempunyai Sikap Yang Betul
  • Terhadap Perubahan Dalam Kerja.
  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
  • Rancang perubahan secara teratur.

 Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive).
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas.
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda.
   
  Tingkatkan Sokongan Sosial di Tempat Kerja
  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja.
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah.
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
    
Amalkan Cara Hidup Sihat
  • Luangkan masa untuk beriadah.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam selalu.
  • Berurut atau mengunjungi spa.
  • Bercuti.
  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan.
  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah.
  • Amalkan nilai-nilai murni dah berpegang teguh pada ajaran agama.


Strategi Mengurangkan 'Tekanan' dari Aspek Kerohanian


Kerohanian adalah faktor penting 'stress'. Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah. 


  • - zikir
  • - sembahyang
  • - munajat
  • - meditasi
  • - berguru
  • - berbincang dengan rakan




Proses Meditasi
  • Tutup mata selama 10 hingga 20 minit
  • Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan
  • Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita ‘mengembara ataupun bergerak’
  • Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal
  • Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik

               Munajat
  • Bernafas perlahan-lahan
  • Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
  • Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati
  • Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset


 Strategi Mengurang 'Tekanan' dari  Aspek Fizikal


Strategi mengurangkan tekanan aspek fizikal:
  • Diet
  • Urut
  • Mandi air suam/berendam kolam air panas
  • Menangis
  • Bermain
  • Menjerit





TAHUKAH ANDA???

PISANG itu SEDAP!!!.
tak cayer cube klik ^_^





Kesimpulan
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup.  Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...